Wednesday

SOALAN TENTANG KANSER

Soalan-soalan yang kerap di tanya


1. Apa itu kanser?
Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.
Tumor tidak berguna kepada badan, sebaliknya ia mengganggu dan ‘mencuri’ zat daripada sel lain serta boleh membahayakan nyawa pesakit. Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

2. Apakah leukemia?
Leukemia ialah kanser sel darah putih. Ia dikategorikan ‘kanser luar biasa’ kerana tidak mempunyai tumor. Walaupun sel ini ada dalam darah, tetapi tidak bermakna pesakit yang menghidap kanser jenis lain akan mendapat leukemia.

3. Apa yang menyebabkan kanser?
Punca sebenar bagaimana dan mengapa pertumbuhan sel yang tidak terkawal berlaku masih tidak diketahui. Bagaimanapun, kajian mendapati ia ada kaitan dengan tabiat, gaya hidup, pemakanan dan faktor geografi, seperti kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok (ia sebenarnya boleh dielakkan).

4. Bagaimana kanser merebak?
Sel kanser akan membuat ‘laluan’ sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisu lain. Lama kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah atau sistem limfa. Rawatan awal boleh mencegah masalah ini.

5. Bolehkah ia diwarisi?
Secara umumnya, kanser tidak boleh diwarisi. Bagaimanapun, individu yang ada sejarah keluarga mempunyai risiko, tetapi anak tidak semestinya mendapat kanser. Paling penting, sel kanser juga tidak akan menjangkiti orang lain, walaupun melalui pemindahan darah.

6. Adakah semua tumor itu akan menjadi kanser?
Tidak. Tumor ada dua jenis: benigna dan malignan. Tumor benigna bermakna ia tidak merebak dan jarang berbahaya seperti ketuat dan sista. Tumor malignan pula akan merebak ke organ lain dan membesar sendiri sehingga menjadi barah.

7. Adakah semua kanser sama?
Tidak. Ada banyak jenis kanser yang menyerang organ badan. Sesetengah jenis kanser tumbuh perlahan, tetapi ada yang merebak cepat. Berlainan jenis kanser memberi kadar tindak balas berbeza terhadap rawatan.

8. Bolehkah kanser diubati?
Ya. Ramai penduduk Malaysia sembuh daripada kanser. Peluangnya berbeza mengikut jenis kanser, tetapi lebih awal ia dirawat peluangnya untuk sembuh lebih tinggi.

9. Bolehkah ia dikesan awal dan dirawat?
Ya, jika pesakit tahu tanda awal dan menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik menyedarinya. Namun, kebanyakan orang mengabaikan tanda awal ini sehingga penyakit sudah merebak ke peringkat berbahaya.

10. Apakah tanda amaran kanser?
Senarai di bawah hanya tanda umum. Bagaimanapun, tanda ini juga boleh muncul bersama ketumbuhan benigna seperti ketulan pada payudara. Pun begitu, sebaik menyedari tanda ini, segera jalani pemeriksaan kesihatan.
Kudis yang tidak sembuh selepas beberapa minggu.
Pigmen atau ketuat yang semakin membesar, jadi hitam dan berdarah.
Ketulan pada buah dada.
Pendarahan vagina yang luar biasa (terutama di antara tempoh haid).
Perubahan tabiat buang air atau najis berdarah.
Air kencing berdarah.
Masalah tidak hadam dan hilang selera makan.
Sakit tekak dan batuk berpanjangan.
Sukar menelan makanan.

11. Adakah kanser boleh menyerang tanpa tanda?
Ya. Dalam kebanyakan kes, kanser tidak menyebabkan sakit pada peringkat awal. Ia menyerang dalam diam. Sakit hanya dirasai apabila kanser sudah merebak dan inilah sebabnya segera berjumpa doktor sebaik tanda awal dikesan dan jangan tunggu hingga sakit.

12. Adakah wanita dan lelaki mempunyai risiko sama diserang kanser?
Tidak. Secara keseluruhannya, lelaki lebih ramai mendapat kanser.

13. Apakah jenis kanser yang kerap menyerang lelaki dan wanita?
a. Wanita: Kanser payudara, serviks, kolon, ovari, leukemia dan paru-paru. Kanser payu dara ialah insiden paling kerap membabitkan 30.4 peratus daripada semua jenis kanser di kalangan wanita.
b. Lelaki: Kanser paru-paru, prostat, nasofariks, usus, leukemia dan rektum. Kanser paru-paru menunjukkan insiden paling tinggi iaitu 13.9 peratus bagi semua jenis kanser yang menyerang lelaki.

14. Wujudkah ‘zon umur bahaya’ dan adakah kanser juga mempunyai ciri ini?
Secara amnya, kanser boleh menyerang sesiapa saja, tidak kira berapa umur mereka. Bagaimanapun, ia biasanya berlaku pada orang dewasa, terutama selepas 40 tahun. Jadi ketika ini, jika ada tanda awal kanser, segera berjumpa doktor.
Bagi wanita pula, buat pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan (beberapa hari selepas habis haid) dan ujian pap smear (jika mempunyai kehidupan seks aktif) sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.

15. Bagaimana kanser dirawat?
Rawatan awal penting kerana kebanyakan kanser merebak cepat. Ada beberapa kaedah rawatan iaitu:
a. Pembedahan.
b. Radioterapi (menggunakan radiasi tinggi seperti sinar-X, sinar gamma, radium atau bahan radioaktif).
c. Ubat antikanser.
d. Hormon — kadangkala beberapa hormon digunakan serentak, bergantung kepada jenis kanser. Kemoterapi bermakna menyuntik atau memberi ubat yang akan memusnahkan sel kanser tertentu kerana sesetengah sel kanser boleh dikawal menggunakan hormon.
Secara amnya, pembedahan bertujuan membuang semua sel kanser di tempat terbabit dan disusuli radioterapi sinar X atau gamma untuk memusnahkan tumor yang boleh menjadi kanser.

16. Bolehkah kanser dielakkan?
Dalam sesetengah kes, kanser boleh dielakkan. Contohnya, 90 peratus kes kanser paru-paru boleh dielakkan jika tidak merokok. Kajian saintis menunjukkan 80 peratus daripada semua jenis kanser disebabkan faktor luaran.

SUMBER: Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

Saturday

KENAPA KITA MESTI MAKAN APRICOT KERNELS



Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser). Merupakan pembunuh senyap.
Amigdalin (Vitamin B17) dapat di perolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari Apricot Kernels B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin ( mempunyai rasa pahit - badam manis tidak mengandungi B17 ), epal pips, benih-benih anggur, sekuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.
Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satu ialah dengan cara membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda dari kanser. Satu lagi adalah menggunakan supplement with antioxidants yang dapat melawan carcinogens dalam badan anda. Bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik. Yaitu secara langsung menyerang sel kanser ( directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah saya sebut di atas.
Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah di keluarkan dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalam sebatian B17terdapat satu unsur kimia yang dinamakan “cyanide“.ia adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya untuk normal tisu hidup.
Perkara yang sama juga dapat kita lihat dalam garam biasa. Garam sebenarnya terdapat dua unsur kimia didalamnya tetapi tidak bertindak balas dalam badan manusia, bahkan sangat diperlukan dalam badan manusia. Dua unsur kimia yang ada dalam garam adalah natrium dan klorida, maka sebab itu garam dalam istilah kimia disebut Natrium Klorida. Sebenarnya dalam garam ada satu sebatian kimia yang berbahaya “klorin”. Sudah tentu jika anda makan juga banyak garam pada satu masa anda akan sakit.
Perkara yang sama juga berlaku dalam apricot, Makan jangan berlebihan ikut peraturan yang telah di berikan. Bagaimanapun, amigdalin adalah kurang toksik daripada garam, dan jauh lebih selamat dari gula yang anda makan setiap hari.
Kita sedia maklum bahawa badan kita sentiasa mencipta sel kanser setiap masa. Biasanya sistem imun dapat membunuh sel kanser tersebut. Bagaimanapun pada saat anda berada dalam keadaan “stress” atau tubuh badan anda berada dalam kondisi yang sangat lemah dan sering terdedah dalam persekitaran karsinogen. Keadaan ini akan membuat sel kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu untuk dimusnahkan oleh sistem imun.
B17 dari Apricot seed akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel kanser secara langsung. Untuk pengetahuan anda pada Sel-sel kanser terdapat satu enzim yang dapat membuka “ikatan kimia” yang terpadu dalam B17 Apricot Seed yaitu cyanide. Maka cyanide akan di bebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam B17. Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser. Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim ini. Maka sebab itulah B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat. B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel kanser, tumor, jerawat atau pun buasir.
Enzim yang terdapat dalam sel kenser dapat membuka kunci amigdalin maka terhasilah cyanide. Jika terdapat lebihan cyanide yang terhasil dari tindak balas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah anda. Maka secara semulajadi akan dineutralkan oleh hati.
Hati (liver) berkerja dengan lebih kuat jika terdapat ada unsur toksin dalam badan anda. Sehingga anda dapat melihat kesan kerosakan hati akibat pembersihan toksin dalam badan. Tapi bukan kerosakan dari kanser. Maka jika tubuh kita terlalu banyak toksin dan tidak di keluarkan dari badan, besar kemungkinan kita bakal mengidap kanser hati pula.
Penyelidik-penyelidik di Imperial College London telah membuat ujikaji menggunakan cyanide untuk menghapuskan sel-sel kanser, hasil kajian, mereka mendapati cyanide atau apa-apa toksin yang berada di dalam darah dengan cepatnya dineutralkan oleh hati.
Amigdalin kadangkala dirujuk sebagai Vitamin B17 dan ditemui dalam nitriloside kaya dengan buah buahan dan tumbuh-tumbuhan. digunakan sebagai terapi utama, kecuali kepada mereka yang menjaga pemakanan yang baik, menjaga Ph tubuh dengan baik, tiada pencemaran toksin dalam badan. Telah digunakan untuk merawat penghidap-penghidap kanser dalam beberapa klinik di seluruh dunia.
Allah telah menurunkan penyakit dan Allah juga menurunkan penawarnya. Dengan menggunakan logikal akal anda akan memahami bagaimana Vitamin B17 dari Apricot seed membunuh sel Kanser. Tubuh badan kita telah di ciptakan Allah dengan sebuah sistem pertahanan untuk menentang sel kanser, tetapi ianya bergantung dari diet dan pemakanan yang anda makan. Keseimbangan mineral dan Vitamin yang anda amalkan akan membantu membentuk keseimbangan tahap kesihatan yang anda miliki. Biji apricot merupakan salah satu makanan yang dapat membentuk keseimbangan yang telah saya terangkan diatas.

Sunday

BIJI APRICOT MERAWAT LAIN-LAIN PENYAKIT

[apricot.jpg]



Merawat dan mencegah cancer
1. Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seawal jam 4 Pagi. Merupakan waktu yang paling lemah bagi sistem pertahanan sel kanser.

2.  Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seterusnya jam 8.00 pagi.
P/s: Bagi pengidap kanser anda tidak di benarkan memakan nasi sebelum jam 12.00Tengahari. Nasi dapat di tukar kepada gula melalui sistem badan kita, gula mempunyai kandungan ph5. Ph5 merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak.

3.  Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seterusnya jam 12.00 Tengahari.

4.  Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seterusnya jam 4.00 petang.

5. Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seterusnya jam 8.00 malam.

6.  Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seterusnya jam 12.00 malam.

Note:
Dr. Krebs asserts that 7 apricot seeds per day will make it impossible to develop cancer.
The following protocol is that used by some of the hospitals in Tijuana, (Del Rio Hospital supplied us with this information).
The Del Rio Hospital or clinic claims nearly a 100% recovery rate with those who have not yet been burned up with chemo and radiation with large amounts of organ damage.
Del Rio Hospital has a 21 day therapy in which they include the typhoid vaccine, the B17 (9 grams per day), Pancreatic enzymes (, vitamin C and the actual whole foods that contain the B17 and the pancreatic enzymes (apricot seeds and pineapple juice). No other clinic or hospital in the world uses this powerful protocol, just parts of it.
Del Rio hospital has been the orthodox relative of Cydel Clinic. It has opened its doors toalternative medicine making use of the accumulated experience of it's directors and doctors of over more than 25 years. The great Dr. Manner pioneered these clinics.

Buasir biasa atau Buasir Berdarah

Menurut pengalaman saya buasir merupakan penyakit yang sangat mudah dirawat dengan menggunakan B17 ( Biji Apricot )

7-14 Biji diblender dengan buah betik sahaja di amalkan
Protokol 1.Minggu pertama 2 kali sehari (8am & 8pm )Protokol 2.Minggu kedua 3 kali sehari (8am, 2pm & 8pm )Protokol 3.Minggu ketiga 4 kali sehari ( 8am,12am, 2pm & 8pm )Protokol 4.Minggu keempat 5 kali sehari(4.08 am,8.08am,12.08pm,4.08pm,8.08pm) Protokol 5.Minggu kelima 6 kali sehari (4am,8am,12pm,4pm,8pm dan 12am) Minggu ke enam mula dari protokol 1 hingga protokol 5, begitulah seterusnya. 

Darah tinggi

5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah. Amalkan 2 kali hingga 3 kali sehari.

Kencing Manis

5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah. Amalkan 2 kali hingga 3 kali sehari.

jantung dan Kardiovaskular

8-10 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah. Amalkan 2 kali hingga 3 kali sehari.

Mengurangkan bintik-bintik hitam & jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit kasar . hasilnya kulit terlihat lebih berseri-seri dan pemukaan kulit wajah lebih halus

5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah terutama lobak merah ( carot ). Amalkan 2 kali hingga 3 kali sehari.

Radang paru-paru

7- 10 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah. Amalkan 2 kali hingga 3 kali sehari.

Asma/alahan / resdung

5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah ( apple, angor, carot, tembikai dll ). Amalkan 3 kali hingga 4 kali sehari.

Autoimmune / SLE

5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah ( apple, angor, carot, tembikai dll ). Amalkan 3 kali hingga 4 kali sehari.

Menghilangkan Keputihan

3-5 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah apple. Amalkan 3 kali sehari.
P/s : Pantang makan kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih ( sebarang sayur yang berwarna putih )
PANTANG INI HANYA UNTUK ORANG KEPUTIHAN SAHAJA.

Senggugut

5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah ( apple, angor, carot, tembikai dll ). Amalkan 3 kali hingga 4 kali sehari.
Melancar perjalanan darah haid 5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah ( apple, angor, carot, tembikai dll ). Amalkan 3 kali hingga 4 kali sehari.

Menghilangkan bau hamis faraj

5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah ( apple, angor, carot, tembikai dll ). Amalkan 3 kali hingga 4 kali sehari.

Penjagaan Apricot1.Simpan biji apricot ini di dalam peti sejuk.
2.Basuh dengan air garam sebelum anda memakanya.
P/s : Apricot tidak boleh di makan bersama buah badam
Note : The above information is used only for education purposes and should not be taken as medical advice and treatment of diseases.

Kanser Boleh Dirawat


Allah telah menurunkan penyakit dan Allah juga menurunkan penawarnya. Dengan menggunakan logikal akal anda akan memahami bagaimana Vitamin B17 dari Apricot seed membunuh sel Kanser. Tubuh badan kita telah di ciptakan Allah dengan sebuah sistem pertahanan untuk menentang sel kanser, tetapi ianya bergantung dari diet dan pemakanan yang anda makan. Keseimbangan mineral dan Vitamin yang anda amalkan akan membantu membentuk keseimbangan tahap kesihatan yang anda miliki. Biji apricot merupakan salah satu makanan yang dapat membentuk keseimbangan.
Sekiranya manusia hari ini dapat menggunakan beberapa biji sehari biji aprikot ini didalam sumber pemakanan semasa usia muda, mungkin awal 20an, mereka tidak akan mengidap kanser. Dr. Krebs tahu bersama ramai lagi pakar biochemist, mereka tidak memberitahu hal sebenar dan menyarankan menggunakan biji aprikot ini, tentu ada sebab dan kepentingan sendiri.
Biji aprikot hendaklah dimakan dengan cara diblend, tidak boleh dimasak atau menggunakan biji yang telah kering.
Setiap ciptaan dan kejadian Tuhan ada manfaatnya. Sebagai contoh buah aprikot, manis dan lazat dimakan, bijinya pula sangat keras, tetapi isi didalam bijinya mempunyai penawar yang besar untuk mengubati penyakit yang hari ini tidak boleh dirawat oleh pakar perubatan moden.
Jika ubatan ciptaan manusia sudah tidak dapat memberi penyembuhan maka beralihlah berusaha dengan menggunakan ubatan Tuhan iaitu;
Pertama: menggunakan Air yang suci lagi bersih kerana ia bersifat alkali, Sel kanser tidak boleh hidup dalam air yang bersifat alkali, jadi gunakanlah air mineral semulajadi atau air tapis yang mempunyai tanah sebagai agen penapisnya.
Kedua: memakan makanan yang tidak berkimia dan bahan pengawet, kita selalu memakan ulam-ulaman dan kita juga mengetahui bahawa yang pahit itu lah ubat.  Biji Aprikot sememangnya pahit juga lemak dan mengandungi banyak vitamin B17 yang boleh langsung membunuh sel kanser dan menyerang apa-apa sel yang tidak normal.


Cara Pencegahan Penyakit Kanser
  • Makan kacang soya kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi kanser payudara dan prostat.
  • Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
  • Makan buah tomato kerana ia mampu mencegah kerosakan sel dan mempunyai vitamin C.
  • Minum air rendaman daun teh hijau (hijau atau hitam tetapi bukan herba) kerana ianya kaya dengan antioksidan. Ia mampu mencegah sel kanser berkembang.
  • Perbanyakkan makan sayur brokoli, kol dan bunga kol, kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser dan juga mengandungi pelbagai zat yang lain.

  • Anggur merah juga mengandungi bahan yang dapat menghalang pengeluaran enzim olleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
  • Jeruk, limau atau oren dan buah sitrus yang lainnya mengandungi bahan-bahan merangsang sel-sel kebal membunuh kanker kerana ianya mengandungi vitamin C yang banyak.
  • Dapatkan Omega 3 asid lemak yang terdapat dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payudara, prostat dan pankreas.
  • Makan makanan yang berserat tinggi seperti beras, kurma, kismis, oat yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
Teh dan Kanser


Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.
Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil 



Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser
1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C.. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. 



Tuesday

Bagaimana B17 Membunuh Sel Kanser

Hasil kajian Ahli sains dan Ahli Biokimia tentang B17 telah di bukukan dan dirakamkan dalam bentuk VCD yang bertajuk “World Without Cancer” oleh G. Edward Griffin dan “Alive & Well” : One Doctor's Experience With Nutrition in the Treatment of Cancer Patients. Telah disiarkan dalam rancangan di sebuah station Tv di Malaysia.

Fakta dari hasil kajian mereka, kita kena faham bahawa tubuh badan kita memerlukan beberapa enzim bagi tubuh melaksanakan tugasan mereka.  Salah satu enzim yang berfungsi untuk menyahkan toxsin dalam badan adalah enzim yang dipanggil Rhodanese, boleh dijumpai dalam kuantiti yang banyak di seluruh tubuh kita.  Kecuali pada bahagian yang ada sel-sel kanser.  Seterusnya badan kita mempunyai enzim yang di namakan Beta-Glucosidase dapat diperolehi dengan banyaknya pada setiap sel kanser.  Beta-Glucosidase hanya berada pada sel kanser sahaja.  Pada sel badan yang tidak ada sel kanser tidak terdapat enzim ini.  Biji buah Apricot mempunyai kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia.  Vitamin B17 terdiri dari 2 bahagian glukosa, 1 Hidrogen Sianida dan 1 bahagian Benzaldehyde (pelali penahan sakit semulajadi).  Apabila B17 memasuki ke dalam badan manusia, ia akan dipercahkan oleh enzim Rhodanese.  Rhodanese akan memecahkan Hidrogen Sianida dan Benzaldehyde kepada 2 bahagian. Thiocyanate dan Benzoic asid merupakan enzim yang sangat diperlukan oleh sel-sel yang sihat untuk menjalankan proses metabolisme.  Hasil proses metabolisme enzim tersebut menghasilkan B12.  Lebihan dari proses metabolisme tersebut akan dikeluarkan oleh sistem pembuangan kita.  Vitamin B17 yang berada dalam tubuh kita tidak akan bertahan melebihi 80 minit, ia harus diganti dengan pengambilan B17 dari biji apricot yang baru.  Pengambilan biji apricot setiap 4 jam merupakan satu kaedah mengekalkan Vitamin B17 sentiasa berada dalam badan kita.


Apabila B17 bertemu dengan sel-sel kanser, ia tidak dapat di pecahkan sebab tidak terdapat enzim Rhodanese untuk memecahkannya kerana enzim Rhodanese tidak terdapat pada sel kanser. Pada sel kanser hanya terdapat enzim Beta-Glucosidase dengan banyaknya. Sebaliknya apabila B17 bertemu dengan enzim Beta Glucosidase, satu tindak balas kimia akan berlaku disini yaitu Hidrogen Sianida bergabung dengan Benzaldehyde. Gabungan ini akan menghasilkan sebuah bahan yang akan membunuh dan membinasakan sel-sel kanser. Anda akan lihat sel-sel kanser yang mati berkecai keluar melalui air kencing. Proses ini biasanya mengambil masa dalam 2 minggu sahaja. Keseluruhan proses ini disebut sebagai “selective toxicity” atau ketoksikan selektif. Hanya sel-sel kanser sahaja di sasarkan untuk di musnahkan. Beginilah cara b17 dari biji apricot bekerja Ia telah terbukti dan berilustrasi untuk memusnah serta membunuh sel kanser dan menyuburkan sel yang sihat melalui B12. Jika anda melayari internet anda akan melihat fenomena ini digunakan Hospital Contreras di Mexico dan Harold Manner Hospital lebih 30 tahun yang lalu dan berjaya merawat 100,000 orang pesakit-pesakit kanser!.Harapan kita untuk melihat budaya memakan biji apricot sebagai rawatan alternatif merawat pesakit kanser akan menjadi kenyataan apabila kesedaran ini menjadi satu budaya dalam kehidupan.

Sebenarnya biji aprikot tidak mengandungi racun atau bahan seumpamanya yang merbahaya. Biji aprikot yang kaya dengan vitamin B17, apabila bertembung dengan sel kanser di dalam badan akan bertindakbalas dengan menghasilkan cyanide. Cyanide inilah kalau difahami secara kasar adalah sejenis racun.....Tetapi sebenarnya cyanide yang terhasil dari tindakbalas itu akan membunuh sel-sel kanser yang wujud didalam badan manusia. Perlu difahami bahawa cyanide yang terhasil dari tindakbalas Vitamin B17 dengan sel kanser adalah tidak sama dengan cyanide yang dikatakan racun itu. Mana-mana cyanide yang terbaki dari tindakbalas semulajadi diantara vitamin B17 dan sel kanser itu akan dineutralkan oleh hati. Oleh yang demikian, kita tidak perlu bimbang tentang cyanide ini kerana ianya tidak merbahaya sama sekali. Malah cyanide ini tidak akan merosakkan mana-mana sel yang baik di dalam tubuh kita.
Kepada pengamal-pengamal biji aprikot, teruskan amalan anda....cuma perlu diingatkan disini, jangan memakan lebih dari 30 biji sehari bagi orang-orang yang normal. Bagi yang berpenyakit kanser, boleh memakan biji aprikot sehingga berjumlah 50-70 biji sehari. Untuk yang baru hendak mencuba, mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu. Jika sekiranya badan kita rasa OK, barulah tambahkan jumlahnya sedikit demi sedikit sehingga mencapai jumlah yang disyorkan iaitu lebih kurang 10-15 biji 2 kali sehari. InsyaAllah, amalan memakan biji aprikot dapat mencegah diri kita dari diserang penyakit kanser. Biji aprikot bukan sahaja boleh membantu kita dalam pencegahan dan penyembuhan penyakit kanser tapi juga telah terbukti dapat membantu mereka yang menderita sakit buasir, darah tinggi, kencing manis, sakit sendi dan lain-lain.
Dari versi asal.......
There is a great deal of controversy over the treatment of cancer using supplements containing Vitamin B17 (laetrile). Most commonly this is taken in the form of apricot kernels. Doctors, particularly in the US, say that apricot kernels and other foods containing B17 are full of cyanide, and will prove fatal if eaten. Meanwhile, there is a 30 year history of the successful treatment of cancer using laetrile. These B17 containing foods do contain substances called Cyanogenic Glycosides, but how dangerous are they?
Looking through the literally hundreds of personal stories posted on the internet of people taking B17 and recovering from cancer, it is a common thread that they all say their doctor told them apricot kernels were toxic. And then couldn't believe it when they got better.
For typical examples see - http://credence.org/testimon.html
Cyanogenic Glycosides are also known as dietary cyanide, so it is technically true that an apricot kernel or apple pips have "cyanide" in them. Or at least they will produce a type of cyanide once ingested. But this is a different form of cyanide to the industrial cyanides typically thought of as cyanide (see an article on Cyanide Toxicity ). And despite having a billion dollar cancer industry to protect, medical research showing actual cases of toxicity caused by eating Cyanogenic Glycosides in foodstuffs are in fact thin on the ground. While it's a very widely espoused theory that people are dying like flies from eating this stuff, there is a glaringly obvious lack of case studies to back these claims up.
Cyanogenic Glycosides seem to occur in a surprising number of foods known for their healing properties. These include flax seeds, apricot kernels, apple pips, almonds, peach kernels, some types of beans, and in fact over 2500 plant species.
Note that this is only one of a number of "alternative"cancer treatments that have shown good results. This article from DietNet covers a range non-toxic approaches to healing cancer.



Monday

BOLEHKAH PESAKIT KANSER SEMBUH

BOLEHKAH PESAKIT KANSER SEMBUH?
Artikel dari DR HAMID ARSHAD.COM
http://home.hamidarshat.com/ISPKanser.htm
Reaksi orang terhadap pesakit kanser adalah berbeza. Ada yang terlalu takut kepada penyakit kanser, ada yang biasa sahaja dan ada juga yang tidak kisah terhadap penyakit kanser. Ada sesetengah orang pula mengalami ketakutan atau fobia kanser. Ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu sentiasa bimbang dan terganggu fikirannya; mungkinkah dia diserang penyakit kanser apabila timbul sesuatu tanda di badannya! Orang seperti ini sering menemui doktor jika timbul apa-apa masalah walaupun remeh-temeh dan fikirannya sentiasa terganggu oleh sebab ketakutan terhadap penyakit kanser. Walaupun kita mesti berwaspada terhadap kemungkinan penyakit kanser, khususnya mereka dalam golongan berisiko sama ada dari segi umur, terdedah terhadap bahan-bahan yang mungkin karsinogenik seperti tabiat merokok, pendedahan terhadap bahan kimia, pancaran X-ray dan sebagainya, namun kita tidak perlulah sentiasa hidup dalam ketakutan hingga jiwa kita tidak tenteram. Sebaiknya, kita mengambil langkah berjaga-jaga dan terdapat ujian-ujian penapisan seperti X-ray, ujian sel pangkal rahim (pap smear), ujian darah atau sebagainya yang boleh mengesan kanser sebelum ada tanda kita patut mengambil langkah-langkah yang sewajar.
Tanda-Tanda Penyakit Kanser
Di antara tanda-tanda penyakit kanser ialah:

1. Bagi wanita yang mengalami pendarahan selepas persetubuhan, pendarahan haid yang tidak tentu masa, keluar darah haid selepas putus haid, keluar keputihan dari kemaluan, perut kembung, bengkak kaki khususnya jika di sebelah sahaja, susut badan, tidak ada selera makan, bonggol atau ketumbuhan pada buah dada, keluar darah atau susu daripada puting buah dada walaupun tidak menyusukan dan kesakitan pada buah dada.
2. Bagi kanser paru-paru pula, tanda-tandanya ialah batuk yang tidak boleh dikawal dengan ubat biasa, batuk darah dan sesak nafas. Pada bahagian tekak pula, hidung berdarah atau muntah darah.
3. Bagi kanser dalam perut dan tali usus, antara tanda-tandanya ialah muntah darah, berak darah, sakit perut dan muntah-muntah yang tidak boleh dikawal. Bagi kanser pada buah pinggang dan saluran perkencingan, antara tanda-tandanya ialah kencing berdarah, sering hendak kencing dan sukar untuk membuang air kencing.
4. Antara tanda-tanda kanser pada bahagian otak pula ialah sakit kepala, pening kepala yang biasanya tidak boleh diubat dengan ubat penawar sakit biasa. Manakala tanda-tanda bagi kanser tulang dan sendi ialah bengkak tulang atau sendi. Tanda-tanda bagi kanser sistem pendarahan ialah muka pucat, letih-lesu, mudah berdarah jika terkena luka dan sukar hendak tos darahnya serta demam yang tidak dapat dikesan puncanya.
Pengesahan Penyakit Kanser
Pengesahan penyakit kanser biasanya dilakukan secara ujian tisu yang diambil daripada kawasan yang disyaki mengidap kanser (Biopsy) dan seterusnya dikaji di makmal kaji sel (hispatologi). Biasanya, di sinilah sel-sel kanser dapat dipasti dan disahkan. Walaupun demikian, ujian-ujian lain boleh menolong dalam membuat pengesahan kanser seperti ujian Ultrasound, X-ray, skaning MRI,Cat dan lain-lain
Kaedah Rawatan Kanser Satu perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan rawatan kanser ialah peringkat ketumbuhan kanser tersebut, sama ada ia masih terhad pada satu bahagian tubuh badan ataupun telah merebak ke kawasan persekitaran atau telah merebak jauh melalui saluran darah ke organ-organ penting seperti paru-paru, otak, hati, tulang dan sebagainya. Di peringkat awal, sebelum ketumbuhan kanser dapat merebak, rawatan yang tepat akan memberi hasil yang memuaskan, malah ia mungkin boleh pulih seperti sediakala. Tetapi, apabila kanser telah merebak jauh, kesan rawatan mungkin tidak begitu memuaskan dan pertumbuhan kanser mungkin sukar dikawal.
Satu lagi perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan kanser ialah jenis sel kanser itu dan di bahagian mana kanser itu berlaku. Pelbagai jenis kanser boleh tumbuh dalam badan kita. Jika bentuk sel kanser itu amat luar biasa (anaplastik) maka kemungkinan sel itu membiak dengan cepat dan merebak luas dan ini akan menimbulkan masalah rawatan. Sesetengah sel-sel kanser pula kebal walaupun diberi rawatan dengan ubat-ubat kemoterapi atau dengan rawatan radioterapi. Dalam keadaan begini, hasil rawatan dari pemulihan tidak begitu memuaskan.
Sesetengah penyakit kanser mengeluarkan tanda di peringkat awal lagi, misalnya kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Biasanya, sebelum menjadi kanser, sel-sel pada pangkal rahim menjalani beberapa peringkat perubahan, iaitu daripada sel normal kepada sel luar biasa. Kemudian ia menjadi kanser di peringkat awal dan seterusnya kanser membiak Lagipun, kanser pangkal rahim pada wanita boleh dikesan sebelum ia mencapai ke peringkat kanser dengan ujian pap smear. Dengan ini, ia mungkin boleh dicegah daripada menjadi kanser. Dan jika ia telah menjadi kanser, dan dapat dikesan di peringkat awal, ia boleh dirawat sepenuhnya. Tetapi, kanser di dalam perut seperti kanser usus besar, perut, hati ataupun kilang ovari, kadang-kadang menimbulkan tanda yang agak lewat dan apabila tanda-tanda itu timbul, keadaannya telah tenat dan sel-sel kanser telah merebak. Dalam keadaan demikian, rawatan secara pembedahan dan rawatan dengan kaedah yang lain mungkin tidak akan memberi kesan pemulihan yang seratus-peratus baik
Konsep Pembinasaan Sel Kanser Secara Spontan

Pernah kita mendengar cerita orang yang telah disahkan menghidap kanser dan setelah dirawat doktor itu mengatakan keadaan kansernya amat berat dan dia diberi tempoh hidup selama enam bulan atau setahun. Kemudian selepas tempoh tersebut, pesakit itu masih hidup lagi, malah dia lebih sihat daripada sebelum terkena kanser. Ini adalah di antara cerita-cerita yang kita pernah dengar. Pesakit-pesakit yang telah hampa dengan rawatan moden telah pergi berjumpa dengan perawat-perawat tradisional yang memberi bermacam-macam cara rawatan, mungkin secara jampi, atau secara rawatan tradisional seperti jamu, akar kayu, ubat sinseh dan sebagainya. Kita juga telah mendengar kisah seorang pengidap kanser, iaitu Jason Winters yang pernah menghidap penyakit kanser dan telah tempoh hidup enam bulan tetapi dia terus hidup dengan menggunakan ubat-ubatan tradisional daripada berbagai-bagai ramuan akar kayu dan beliau telah mengolah satu ramuan yang dinamakan “Teh Jason Winters” yang beliau percaya boleh mengubati pelbagai penyakit kanser.
Dalam keadaan cemas dan genting seperti ini, manusia akan menggunakan bermacam-macam cara dan kaedah untuk mengatasi masalah dan apabila rakan, teman atau saudara memberi cadangan tentang rawatan yang berkesan, mereka akan terus mencubanya. Walaupun kadang-kala kita tidak mengetahui logik atau asas saintifiknya, memang tidak boleh disangkal, bahawa ramuan-ramuan dalam akar kayu atau ubat-ubatan tradisional mungkin mempunyai kesan yang boleh membinasakan sel-sel kanser. Setakat ini belum banyak kajian yang telah dilakukan ke atas ramuan ubat-ubatan tradisional dan ubat akar kayu ke atas pelbagai jenis penyakit termasuk juga kanser.
Pakar-pakar perubatan memang mengakui, bahawa sel-sel kanser pun boleh binasa dengan sendirinya, iaitu dalam proses yang dinamakan regresi spontan. Ini semua adalah dalam penguasaan Allah dan sebagai manusia kita hanya berdoa dan mengharapkan agar penyakit yang dihidapi sembuh
Prinsip-Prinsip Rawatan Bagi Penyakit Kanser 

Beberapa kaedah moden telah digunakan untuk merawat penyakit kanser. Antaranya ialah:
1. Pembedahan
2. Ubat kemoterapi
3. Radioterapi
Pembedahan 

Kadang-kala kanser hanya perlu dibedah sahaja tanpa rawatan yang lain. Tetapi ada kalanya, kita melakukan pembedahan ke atas ketumbuhan kanser kemudian diikuti dengan rawatan secara kemoterapi atau radioterapi. Ada sesetengah kanser pula boleh dirawat secara radioterapi sahaja seperti kanser pangkal rahim ataupun kanser tekak jika kanser tersebut masih di peringkat awal lagi.
Pembedahan bagi kanser adalah dianggap sebagai satu pembedahan yang besar dan kadang-kala melibatkan pembuangan anggota terpenting. Contohnya, jika kanser itu melibatkan pangkal rahim maka keseluruhan rahim akan dibuang. Bagi kanser buah dada pula keseluruhan buah dada perlu dibuang termasuk sistem kelenjar di sekelilingnyaJika kanser melibatkan tulang kaki, mungkin kaki tersebut perlu dipotong, dan jika melibatkan paru-paru kemungkinan satu paru-paru perlu dibuang. Begitulah keadaannya jika ia melibatkan lain-lain bahagian dalam badan. Biasanya, pembedahan untuk penyakit kanser memerlukan kepakaran pembedah yang mahir, dan pembedahan biasanya disertai dengan pendarahan. Oleh itu, bekalan darah mestilah cukup.
Waktu pemulihan selepas pembedahan mungkin lama jika ia melibatkan pembuangan anggota penting dalam tubuh. Kadang-kala ia melibatkan pembedahan untuk membaik-pulih ataureconstructive surgery. Misalnya, pembedahan pada muka yang disebabkan oleh kanser pada tulang dagu.
Semua bahagian tubuh yang telah dibedah perlu dihantar ke makmal kaji sel untuk dikaji setakat mana dan apa jenis kanser yang telah dihidapi pesakit. Jika sel-sel kanser telah merebak melalui saluran darah ataupun saluran kelenjar ke bahagian tubuh yang lain, maka pembedahan tidak dapat mengatasi masalah secara keseluruhan. Kaedah rawatan lain perlu diberikan seperti kemoterapi atau radioterapi. Sekarang ini, para pakar penyelidik penyakit kanser telah cuba berbagai-bagai teknik untuk mengesan sejauh manakah sel-sel kanser telah merebak ke organ-organ terpenting dalam tubuh seperti otak, paru-paru, hati, tulang dan sebagainya. Dengan ini, rawatan lanjutan dapat diberikan dengan sewajarnya
Kemoterapi

Sesetengah penyakit kanser seperti kanser darah (leukimia), dan kanser rahim yang dinamakanchoricarcinoma biasanya tidak memerlukan rawatan secara pembedahan, tetapi ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau kemoterapi. Kegunaan ubat-ubat kemoterapi sebagai perawat kanser utama, hanya terhad kepada beberapa jenis kanser sahaja dan sesetengahnya telah saya nyatakan di atas. Tetapi, ubat-ubat kemoterapi sering digunakan sebagai cara rawatan lanjutan selepas seseorang itu dibedah akibat daripada kanser yang dihidapi dan setelah dipastikan kanser itu telah merebak ke tubuh yang lain.
Terdapat banyak jenis ubat-ubat kemoterapi yang biasanya diberikan secara suntikan atau secara ubat tablet. Di negara kita ini, Institut Barah Kuala Lumpur banyak memberikan rawatan ke atas penyakit kanser. Rawatan ini memerlukan pengawasan yang rapi kerana ubat-ubat kemoterapi ini bukan sahaja membinasakan sel-sel kanser, tetapi ia juga boleh merosakkan sel-sel normal.
Kesan sampingan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada seseorang yang sedang mendapat rawatan kemoterapi, misalnya ia boleh menindas pertumbuhan sel-sel darah menyebabkan penghidap mengalami kekurangan dan juga sel-sel darah putih untuk melawan penyakit, menyebabkan pesakit mudah diserang penyakit, khususnya kuman. Kadang-kala, pesakit mengalami masalah rambut gugur ketika menjalani rawatan kemoterapi, bibir mungkin pecah terkena ulser. Inilah di antara beberapa kesan sampingan, tetapi dengan pengawasan dan rawatan daripada doktor yang mahir dalam bidang ini, masalah ini, Insya-Allah akan dapat dikawal. Rawatan dengan kemoterapi kadang-kala perlu diulang setelah satu atau dua bulan kemudian, dan khususnya jika doktor yang merawat itu mendapati ada tanda-tanda bahawa penyakit kanser itu masih aktif lagi
Rawatan Dengan Radioterapi 

Ini adalah satu kaedah rawatan yang penting bagi penyakit kanser. Pelbagai jenis radiasi telah digunakan dan kaedah rawatan ini boleh didapati daripada Institut Barah di Hospital Besar Kuala Lumpur untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit kanser. Pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan rawatan boleh dilakukan secara pancaran dari luar ataupun pancaran daripada logam radium yang dimasukkan ke dalam bahagian tubuh badan. Misalnya, dalam kes kanser pangkal rahim, rawatan secara radiasi adalah pilihan utama. Dalam kaedah rawatan ini, logam radium radioaktif dimasukkan ke dalam rahim untuk beberapa hari dengan tujuan supaya logam ini akan mengeluarkan bahang radiasi dan membinasakan sel-sel kanser. Di samping ia membinasakan sel-sel kanser, bahang radiasi juga boleh membinasakan sel-sel yang normal. Misalnya, dalam rawatan kanser pangkal rahim, sel-sel normal (kilang telur atau ovari) boleh juga musnah dan ini menyebabkan kehabisan hormon estrogen bagi wanita tersebut selepas rawatan. Kesan kehabisan hormon estrogen pada wanita ialah seperti kaedah putus haid.
Di antara kesan sampingan yang mungkin timbul akibat daripada rawatan radioterapi ialah kesan bakar pada kulit yang mungkin berwarna kehitaman sedikit. Tetapi dengan teknik rawatan baru, kesan sampingannya dapat dikurangkan. Kadang-kala, organ-organ lain di sekeliling ketumbuhan kanser boleh terganggu akibat daripada pancaran X-ray, misalnya seseorang pesakit yang sedang mendapat rawatan radioterapi bagi kanser pangkal rahim. Kadangkala pundi-pundi air kencing dan saluran najis akan mengalami kerosakan sedikit menyebabkan gangguan sementara dalam fungsi organ tersebut
Perubatan alternatif 

Terdapat terlalu banyak keadah-kaedah perubatan alternatif atau pilihan lain, samaada di pasaran tempatan atau luar negara untuk mengubati penyakit kanser. Pada asasnya saya bersetuju dengan kegunaan ubatan alternatif tetapi dengan syarat pesakit-pesakit perlu menjalani rawatan perubatan moden dahulu. Perubatan alternatif digunakan sebagai rawatan tambahan atau sokongan khususnya dalam kes-kes di mana rawatan moden kurang berkesan.
Dalam internet terdapat banyak laman-laman berkenaan perubatan alternatif. Baca dan nilailah dengan teliti sebelum membuat apa-apa keputusan untuk mendapatkan rawatan alternatif. Ada kalanya rawatan-rawatan tersebut berkesan dan ada kalanya tidak. Kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah swt.
Rumusan

Walaupun ada hadis-hadis Nabi yang bermaksud,
“bahawa setiap penyakit ada ubatnya”,
masih banyak lagi kaedah rawatan yang belum kita ketahui. Apa yang kita ketahui hanya sedikit sahaja, Allah yang Maha Mengetahui. Walaupun demikian, kita sebagai pesakit perlulah berusaha mencari di mana sahaja kita ketahui ada kaedah rawatan yang berkesan, khususnya rawatan yang berasaskan sains perubatan moden. Di samping itu, kita juga berdoa pada Allah S.W.T dengan insaf atas musibah yang menimpa diri kita. Kita patut banyak bersabar dan banyak bertasbih. Mungkin ini satu cubaan untuk menguji kesabaran kita, mungkin juga satu balasan bagi kesalahan yang telah kita lakukan di masa lepas. Yang pentingnya ialah kita percaya, bahawa penyakit kanser adalah satu perkara yang diturunkan oleh Tuhan. Tentulah ada sebabnya, hanya kita sahaja tidak mengetahui apa puncanya. Perbanyakanlah berzikir dan bertafakur sambil memuji kebesaran Allah. Dengan bersabar menanggung kesakitan, kita akan mendapat pahala. Rawatan yang berlebihan boleh mempercepatkan maut. Saya sendiri pernah melihat pengidap kanser diberi rawatan secara pembedahan diikuti dengan rawatan kemoterapi serta radioterapi atas keghairahan saudara-mara atau doktor yang merawat. Perbuatan ini boleh memberi kesan yang tidak begitu baik kerana seperti yang saya nyatakan di atas, bahawa kaedah-kaedah rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi boleh juga merosakkan sel-sel yang normal dan seterusnya mengganggu dan menjejaskan fungsi-fungsi organ tubuh badan yang lain. Rawatan yang berlebihan (overdose) boleh mempercepatkan maut seseorang penghidap kanser.
Satu perkara yang amat penting dalam rawatan penyakit kanser ialah pengesanan diperingkat awal. Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengesan penyakit tersebut di peringkat awal supaya apa juakaedah rawatan yang diberikan boleh membaikpulih pesakit.
http://home.hamidarshat.com/ISPKanser.htm
10 PENYEBAB UTAMA KANSER 

1) Makanan
2) Tembakau
3) Alkohol
4) Radiasi
5) Sinaran cahaya matahari
6) Pekerjaan
7) Pengambilan ubat
8) Pencemaran air dan udara
9) Perokok yang tidak aktif
10) Keturunan



Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser).