Sunday

Kanser Boleh Dirawat


Allah telah menurunkan penyakit dan Allah juga menurunkan penawarnya. Dengan menggunakan logikal akal anda akan memahami bagaimana Vitamin B17 dari Apricot seed membunuh sel Kanser. Tubuh badan kita telah di ciptakan Allah dengan sebuah sistem pertahanan untuk menentang sel kanser, tetapi ianya bergantung dari diet dan pemakanan yang anda makan. Keseimbangan mineral dan Vitamin yang anda amalkan akan membantu membentuk keseimbangan tahap kesihatan yang anda miliki. Biji apricot merupakan salah satu makanan yang dapat membentuk keseimbangan.
Sekiranya manusia hari ini dapat menggunakan beberapa biji sehari biji aprikot ini didalam sumber pemakanan semasa usia muda, mungkin awal 20an, mereka tidak akan mengidap kanser. Dr. Krebs tahu bersama ramai lagi pakar biochemist, mereka tidak memberitahu hal sebenar dan menyarankan menggunakan biji aprikot ini, tentu ada sebab dan kepentingan sendiri.
Biji aprikot hendaklah dimakan dengan cara diblend, tidak boleh dimasak atau menggunakan biji yang telah kering.
Setiap ciptaan dan kejadian Tuhan ada manfaatnya. Sebagai contoh buah aprikot, manis dan lazat dimakan, bijinya pula sangat keras, tetapi isi didalam bijinya mempunyai penawar yang besar untuk mengubati penyakit yang hari ini tidak boleh dirawat oleh pakar perubatan moden.
Jika ubatan ciptaan manusia sudah tidak dapat memberi penyembuhan maka beralihlah berusaha dengan menggunakan ubatan Tuhan iaitu;
Pertama: menggunakan Air yang suci lagi bersih kerana ia bersifat alkali, Sel kanser tidak boleh hidup dalam air yang bersifat alkali, jadi gunakanlah air mineral semulajadi atau air tapis yang mempunyai tanah sebagai agen penapisnya.
Kedua: memakan makanan yang tidak berkimia dan bahan pengawet, kita selalu memakan ulam-ulaman dan kita juga mengetahui bahawa yang pahit itu lah ubat.  Biji Aprikot sememangnya pahit juga lemak dan mengandungi banyak vitamin B17 yang boleh langsung membunuh sel kanser dan menyerang apa-apa sel yang tidak normal.


Cara Pencegahan Penyakit Kanser
  • Makan kacang soya kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi kanser payudara dan prostat.
  • Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
  • Makan buah tomato kerana ia mampu mencegah kerosakan sel dan mempunyai vitamin C.
  • Minum air rendaman daun teh hijau (hijau atau hitam tetapi bukan herba) kerana ianya kaya dengan antioksidan. Ia mampu mencegah sel kanser berkembang.
  • Perbanyakkan makan sayur brokoli, kol dan bunga kol, kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser dan juga mengandungi pelbagai zat yang lain.

  • Anggur merah juga mengandungi bahan yang dapat menghalang pengeluaran enzim olleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
  • Jeruk, limau atau oren dan buah sitrus yang lainnya mengandungi bahan-bahan merangsang sel-sel kebal membunuh kanker kerana ianya mengandungi vitamin C yang banyak.
  • Dapatkan Omega 3 asid lemak yang terdapat dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payudara, prostat dan pankreas.
  • Makan makanan yang berserat tinggi seperti beras, kurma, kismis, oat yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
Teh dan Kanser


Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.
Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil 



Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser
1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C.. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. 



No comments: