Sunday

MAKLUMAT TENTANG SEL KANSER

Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing-masing. Sel ini tidak dapat dikesan dalam ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Ianya hanya akan dikesan apabila telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.
Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah pencegahan:

1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali didalam hayatnya.


2. Sistem imun yang sihat akan memusnah dan menghalang sel kanser dari membiak dan membentuk tumor.


3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan,  alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.


4. Perubahan diet dan mengambil pemakanan tambahan yang sesuai boleh mengekalkan kesihatan sistem imun.

5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat.  Begitu juga dengan rawatan radiasi.

6. Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi melalui:

a) . Pengambilan gula; dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser.  Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik.  Pengganti yang lebih baik ialah madu asli.

b)  Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan putih, baik untuk sel kanser.  Bertukar kepada garam laut atau garam bukit.

c) Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trekusus perut. Sel kanser memakan mukus.  Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

d. Sel kanser subur dalam persekitaran berasid.  Makanan berasaskan daging adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan atau sedikit ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.
SUSU PENYUBUR SEL KANSER
Menurut laporan penyelidikan, telah menemukan beberapa bukti kukuh tentang hubungan susu lembu dengan Breast Cancer, Prostate Cancer, Juvenile Onset Diabetes, Ovarian Cancer, termasuklah Osteoporosis

Susu IGF-1 & Kanser (Hanya pada lembu-lembu diubati dengan hormon pertumbuhan sintetik sahaja / treated with synthetic growth hormone)
IGF-1 [insulin faktor pertumbuhan atau insulin- growth factor] dan kanser: IGF-1 adalah diketahui bagi merangsang pertumbuhan kedua-dua sel iaitu sel normal dan sel kanser. Dalam 1990 StanfordUniversity melaporkan bahawa IGF 1 dapat menyuburkan pertumbuhan bagi sel prostat. Ini telah diikuti oleh penemuan yang membuktikan IGF 1 dapat menpercepatkan pertumbuhan breast cancer ( kanser payudara). Dalam 1995 orang penyelidik di National Institutes Health melaporkan bahawa IGF 1 merupakan faktur utama peningkatan kanser pada kanak-kanak dan pertumbuhan tumor dalam kanser payudara,lung cancer, melanoma,cancer pancreas dan prostate.
Pada September 1997 satu kumpulan pengkaji antarabangsa melaporkan bukti pertama epidemiologi yang tinggi dan penumpukan IGF 1 adalah dikaitkan dengan rapat untuk risiko mendapat kanser prostat. Penyelidik-penyelidik telah membuktikan IGF-1 dihubungkan dengan penyusuan dan Kanser Kolon. Anda akan melihat maklumat tersebut

Susu dan Kesihatan anda
Setiap susu lembu mempunyai kandungan pasteurized / homogenised, sebenarnya sangat memudarat untuk badan manusia, sebabnya pasteurized / homogenised akan menghalang kalsium dari diserap kedalam badan, anda akan melihat fenomena ini pada negara yang diketahui penggunaan pasteurized yang tinggi akan menyebabkan kadar osteoporosis meningkat 

No comments: